Tuesday, December 23, 2025

  MALAYSIANA  


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

Kucing Kesayanganku...'Chalet


Chalet adalah nama kucing kesayanganku. Seekor ibu kucing betina yang kiutt...yang diambil dari Sekolah Menengah Petaling Selangor. Oleh kerana ramai Guru yang tidak mengemari kucing...gelilah..busuklah...menyampahlah,,,kat 'Chalet' maka saya dan isteri mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke Seksyen 13, Shah Alam untuk membelanya. Warna bulunya sangat menarik dari sudut seni...campuran putih dan grey...terdapat chalet di hidungnya. Dari sini ia di panggil 'Chalet'.

'Chalet' merupakan sekor kucing yang cerdik...mungkin keilmuan yang gugu-guru berikan kepada anak muridnya dapat diserap oleh 'Chalet'....wa'allahualam'.

Dibawah belaan kami 'Chalet' melahirkan 3 ekor anak yang menyerupainya. Anak-anak 'Chalet' begitu comel dan seolah-olah mengerti apa yang kami bicarakan. 


Kali terakhir bertemu 'Chalet'...beliau seolah-olah 
sedang mengucapkan selamat tinggal kepada kami.


Anak-anak 'Chalie'...Combi,Ciki, Ciku. Masih menetek 
walaupun sais badan hampir sama dengan ibunya. 


Kini 'Chalet' tinggal kenangan pergi tanpa berita...hilang begitu sahaja. Itulah kerugian yang terpaksa dibayar dengan perasaan kasih kepada kucing kesayangan...tinggal kenangan. Semuga Allah temukan kami di Padang Mashyar.


Tips Menjaga Kucing Kesayangan

+ Memasang Kolar di leher jika kucing kesayangan     hilang/tersesat.
+ Memastikan pasir bekas najis kucing dijaga             bersih.
+ Memastikan Kucing divaksinasi bagi menjaga 
   kesihatan.
+ Memberi makanan yang berkualiti, seimbang 
   serta mengikut rutin harian.
+ Menjaga kesihatan dengan bermain-main 
   bersama kucing bagi menjaga kestabilan
   emosinya.

 








No comments:

Post a Comment

   M A L A Y S I A N A   Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia Kucing Kesayanganku...' Chalet "  Chalet adalah nama ku...